Dicatat oleh raihan | 5:51 PG | 1 ulasan »

Posted by Picasa

Dicatat oleh raihan | 5:23 PG | 0 ulasan »

Posted by Picasa

Anak Sedara

Dicatat oleh raihan | 4:49 PTG | 0 ulasan »

Si COMEL yg baru melihat dunia..comel tak?muka ana sedara anak ni ada iras kaklong..tapi kdg2 nampak jugak iras banglong..syukur lillah....moga akhlak dia comel seperti rupanya...sama2 kita didik dia moga jadi pejuang agama Allah suatu hari nanti

Ana dah jadi MAK JAnG....tua dah...

Dicatat oleh raihan | 4:29 PTG | 0 ulasan »

Salam warahmatullah.

Alhamdulillah kak long selamat lahirkan baby yg beratnya 2.8kg..gembira dan terharu tak terkata...tak sabar nak tanya kaklong ape perasaan.minggu depan study week.ana ambil kesempatan utk balik setelah sekian lama tak balik.selalunya stud week ana ambil masa utk study ja kat kampus tapi kali ni balik sbb nak tgok baby dan rindu kat family,tak sabar nak dukung baby yg belum lagi ditetapkan nama.takpa2..nantikan kepulangan makjang...

emm...pejam celik pejam celik dah tak lama nak abis diploma.rasa sedih la pulak..banyak kenangan pahit manis kat UDM ni..moga pengakhiran diploma ni manis-manis blaka. Moga beroleh DL utk dihadiahkan utk mak dan abah lagi...insyaAllah..yg penting usaha dan jaga hubungan dgn Allah..

Wat sahabat2 seperjuangan kelas dakwah...ana nak pohon ribuan kemaafan kalau selama ukhuwah kita ana ada menyakiti hati antum semua.lepas ni masing2 akan mula buku lai.ana harap antum semua takkan lupakan ana yg banyak songeh ni..uhibbukum fillah...doakan kejayaan bersama...dan sapa2 yg lepas ni nak bina masjid,jemput2la ana sama.

lastly....one night of sorrow be happy tomorrow...setiap yg pahit pada kenangan yg lepas kita lupakan..moga kenangan esok manis2 blaka..insyaAllah...

Tazkirah

Dicatat oleh raihan | 7:01 PTG | 0 ulasan »

Hatim Azzahid berkata : 4 perkara yang tidak diketahui
kadarnya melainkan oleh 4 perkara

1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua

2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya
melainkan oleh orang yang terkena bala

3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang
yang sakit

4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang
telah mati

Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa
malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang
ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar
yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya.
Al Fudhail bin Iyaad

IktIBaR DaN PengajArAn

Dicatat oleh raihan | 12:27 PG | 0 ulasan »

FORUM PORTAL UKHWAH menulis "Sekarang ini, ada pelbagai cara untuk mencantikkan wajah. Terutamanya kaum wanita, pelbagai jenis bahan di gunakan untuk mencantikkan wajah mereka. Sesetengahnya ada mandi bunga, ada yang jumpa bomoh itu dan bomoh ini. Ada pula yang tanam susuk di muka, dan pelbagai cara lagi untuk mencantikkan wajah.Mari kita ikuti suatu kisah bagaimana seorang pemuda yang sentiasa wajahnya kelihatan tampan, cantik, ceria dan tidak jemu memandangnya.Pada suatu zaman dulu, ada seorang ulama bernama Al-Ahnaf bin Qais. Dia memang terkenal sebagai ulama besar semasa hidupnya dahulu.
Sedang ulama duduk bersama dengan anak-anak muridnya belajar ilmu agama, tiba-tiba datang seorang pemuda berkunjung ke rumahnya.Pemuda tersebut dari kaum Taiyi. Ketibaan pemuda itu di sambut oleh ulama itu dengan wajah yang manis dan mempersilakan pemuda itu masuk. Setelah memberi salam kepada ulama besar itu, pemuda itu duduk tidak jauh dari ulama tersebut.Ulama tersebut tentulah tahu bahawa pemuda itu mahu mengikuti kuliah agma yang sedang di sampaikan kepada anak-anak muridnya.Pemuda itu pula telah mengikuti majlis pengajian dengan penuh kusyuk dan tawadduk. Sebenarnya, rumah ulama besar ini saban hari dan waktu sentiasa diziarahi oleh muri-muridnya dan para sahabatnya.Mereka bukan sahaja menziarahi ulama besar tersebut, tetapi bertanya, berbincang pelbagai masalah agama. Mereka ini memang mahukan ilmu agama dari ulama ini.
Setelah anak muridnya pulang, maka pemuda itu di minta oleh ulama supaya jangan pulang dahulu.Kedatangan pemuda dari suku Taiyi ini sangat menarik perhatian ulama besar ini. Al-Ahnaf mendapati bahawa pemuda yang ada di depannya dan baru mengunjunginya sangat kacak dan tampan wajahnya. Beliau lalu berbicara dengan pemuda tersebut dengan mengujinya.. “Sejak engkau datang tadi. aku melihat wajah engkau sangat tampan”. katanya. Pemuda itu menjawab dengan wajah yang berseri - seri menjawab dengan suara yang rendah. “Tuan! Itu adalah anugerah Allah kepada saya”.Al-Ahnaf meneruskan lagi pertanyaannya. “Wahai pemuda, adakah engkau menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”Pemuda itu menjawab dengan tenang,” Benar tuan guru! Sesungguhnya saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu.”Lalu ulama’ tersebut bertanya lagi. “Apakah benda yang engkau hiasi itu?”Pemuda itu menjawab. “Hiasannya ialah, kalau saya bercakap, tidak berbohong. Kalau saya berjanji, saya tepati. Kalau saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan khianati.”Mendengar jawapan yang paling ringkas dan tepat itu. Al-Ahnaf berkata dengan satu pujian yang sangat besar ertinya. “Benar seperti katamu hai orang muda. Sesungguhnya engkau telah menghiasi dirimu dengan sari akhlak yang terpuji.”
Apakah yang terkandung dalam mesej ini? Cerita ini cuma mahu memberitahu kita tidak perlu mencantikkan wajah kita dengan memakai itu ini, ataupun memakai susuk…Tiga perkara itu bercakap benar, janji yang di tepati dan tidak khianat sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai yang paling cantik perilaku dan perangainya. Subhanallah…."

La Tahzan ( Jangan Bersedih )

Dicatat oleh raihan | 6:22 PG | 0 ulasan »

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupankita pada masa depan.
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
p/s: Sesungguhnya pengalaman itu mengajar kita supaya lebih berhati-hati melayari kehidupan.